Friday, December 30, 2022

CIRI KONTEKSTUAL


7 CIRI KONTEKSTUAL

Wacana adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspek komunikasi dan juga konteks. Wacana juga merupakan satuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang dapat memperlihatkan kesinambungan fikiran yang utuh. Wacana analisis sangat penting kerana penggunaan wacna itu sendiri penting dalam kehidupan manusia. Wacana adalah konsep meliputi semua aspek komunikasi manusia. Hal ini membuktikan bahawa bukan sahaja merupakan sebuah komunikasi bertulis yang melibatkan antara penulis dan pembaca, malah ia juga melibatkan komunikasi lisan antara penutur dan pendengar.

    Wacana merupakan satu rintangan ujaran yang berkaitan antara satu sama lain  mengikut urutan kalimat-kalimat. Raminah Hj. Sabran dalam Mohd Rashid Idris (2004) menyatakan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat kerana boleh terdiri daripada bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang diperlihatkan hubungan dan perkembangan dikiran yang berurutan. Maksud wacana menduduki tempat tertinggi selepas kedudukan ayat dalam hireaki bahasa. Menurut Henry Guntur Tarigan, wacna adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan dan bertulis. Setiap ayat, cerita, dialog mahupun buku perlu mempunyai awal dan akhir iaitu dimulai dengan kesenyapan. Terdapat pelbagai ciri wacana dalam sesebuah ujaran.

    Ciri wacana dapat dikategorikan kepada beberapa komponen. Pertama, wcana mempunyai koheren, iaitu pertautan antara satu ayat dengan satu ayat yang lain, satu perenggan dengan satu ayat lain, satu perenggan dengan satu perenggan yang lain dan satu idea yang lain. Hal ini bermaksud bahawa dalam sesebuah penulisan, idea-idea yang dikemukakan saling berkaitan antara satu sama lain. Komponen keempat ialah maklumat. Dalam setiap ayat harus mempunyai maklumat yang baharu dan berpautan antara satu sama lain. Ciri yang seterusnya ialah andaian dan inferens. Inferens merujuk kepada maklumat baharu kepada andaian yang dinyatakan dalam ayat seterusnya. Gaya juga merujuk kepada ciri-ciri wacana yang meliputi gaya bahasa, sama ada rasmi ataupun tidak rasmi. Yang terakhir, ialah memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal selain tidak bertentangan antara maklumat dengan ayat sebelumnya.

    Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh yang menyatakan ciri-ciri wcana. Pertama adalah pendapat daripada menyatakan ciri-ciri wacan. Pertama adalah pendapat daripada Nik Safiah Karim (2008), dalam Tatabahasa Dewan membahagikan ciri wacana iaitu runtutan dan tautan. Mohd Rashid Md Iris (2004) pula membahagikan ciri wacana kepada koheran, kohesi, tujuan, maklumat, diterima, hubungan, andaian dan inferens serta gaya maklumat tidak berlawanan. Menurut Assnah Hj. Omar dalam satu artikel menyatakan bahawa ciri wacan adalah bahasa terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi berkesinambungan kohesi lisan atau tulisan awal dan akhir yang nyata. Jelaslah, tujuh ciri kontekstual adalah meliputi tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.




                                                  Rajah 1: Slaid Pembelajarn 7 Ciri Kontekstual


Sumber Rujukan:

Budi Setiawan. 2006. Analisis Wacana. Surakarta:UNS.


No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

PENGENALAN Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog ini. Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada kalian. ...