Sunday, December 18, 2022

KONSEP DAN CIRI TAUTAN

KONSEP DAN CIRI TAUTAN


Menurut Sanad Md. Nasir (2002), tautan merupakan keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa dan ayat dengan sesuatu perkataan dalam sesebuah wacana. Konsep tautan juga boleh dirumuskan sebagai hubungan dalam satu ikatan yang apik dan bermakna. Konsep cakupan tautan ini merujuk kepada hubungan unsur linguistik di dalam sesuatu teks, sama ada pada peringkat dalam ayat atau antara ayat. Mohd Rashid Md. Idris (2012) pula mendefinisikan tautan adalah sebagai keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang lengkap. 

    Hal ini dikatakan kerana, konsep tautan itu dianggap sebagai penghubung yang akan menghubungkan daripada satu ayat dengan ayat lain untuk membentuk satu teks yang baharu dan lengkap. Bahkan, hubungan ini boleh sahaja bersifat formal atau semantik dengan fungsinya yang tersendiri. Perkembangan teori-teori wacana timbul akibat daripada kajian-kajian yang dilakukan dalam pelbagai disiplin ilmu yang berasal daripada bahasa. Pada tahun 1943, muncul Hjelmslev yang berpendapat bahawa teks-teks tertentu haruslah dilihat sebagai unit-unit yang mengandungi strukturnya sendiri. Kajian analisis wacana sungguh banyak dan mendalam, namun Model Teori Tautan Pindaan yang dipelopori oleh Sanat Md. Nasir (2002) menggunakan perkataan pindaan kerana berlakunya beberapa proses seperti proses penyusunan semula, tambahan dan penekanan aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistemik pada model asal, iaitu Model Hallid. 

    Jelaslah bahawa, unsur linguistic mempunyai perhubungan dalam unit teks yang berlainan. Berdasarkan Model Tautan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan perhubungan ayat. Pembahagian tersebut dilakukan berdasarkan ciri, bentuk, fungsi, makna dan konteks. Berikut merupakan jenis tautan Utama, subjenis tautan berserta contoh ayat. 

BIL

JENIS TAUTAN UTAMA

SUBJENIS TAUTAN

1.

Tautan perulangan

Tautan Perulangan Rujukan

Tautan Perulangan Penggantian

Tautan Perulangan Elipsis

Tautan Perulangan Leksikal

Tautan Perulangan Parafrasa

Tautan Perulangan Paralelisme

Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

2. 

Tautan kolokasi

Tautan kolokasi Antoniman

Tautan Kolokasi Kohipiniman

Tautan Kolokasi Hasil

Tautan Kolokasi Sifat

3. 

Tautan Penghubung Ayat

Tautan penghubung Ayat Tambahan

Tautan penghubung Ayat Tentangan

Tautan penghubung Ayat Sebab Musabab

Tautan penghubung Ayat Waktu

Tautan penghubung Ayat Terusan



Sumber rujukan

ENAM, T., & MOHMAD, S. H. A. B. TAUTAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN                    PELAJAR.
Jaafar, M. F., Aman, I., & Awal, N. M. (2015). Analisis kohesi wacana sains berdasarkan teori nahu                    fungsian. Jurnal bahasa, 15(1), 1-19
Mat Adnan, H. (2002). Analisis tautan dan runtutan dalam teks klasik dan moden/Hasnah binti Mat Adnan       (Doctoral dissertation, Universiti Malaya).
Salleh, Z., & Shaari. A.S. (2009). Kesan model unsur tautan terhadap pengajaran karangan Bahasa                 Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 6, 55-78
http://analisiswacana2018.blogspot.com/p/konsep-tautan.html.

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

PENGENALAN Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog ini. Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada kalian. ...