Sunday, December 18, 2022

DEFINISI WACANA DAN CIRI WACANA

PENGERTIAN WACANA 

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada kalimat. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retriol menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap, tertinggi dan terbesar atas kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Secara umumnya, wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tertentu bahasa.

    Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan sama ada naratif (pemerian), deskriptif (penggambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Bagi memperoleh gambaran lebih jelas, wacana telah dihurai serta diterabfkan oleh beberapa tokoh iaitu :

Asmah Haji Omar (1982) menunjukkan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, cerian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog dan siri buku (cerita). Menurut beliau wacana tidak mempunyai satu jenis ayat yang tersendiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Hal ini menunjukkan bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem dan ayat wacana, ayat sistem merujuk kepada ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana pula disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan. 

    Menurut Anton M.Moeliono (1995) mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

  Menurut Fokker (1951) wacana ialah hubungan kesinambungan cerita yang menunjukkan kesinambungan secara nahuan iaitu perujukan (verwizing), kata-kata penghubung (verbindingsworden) dan pengguguraan (elipsis). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan menujukkan makna logik dan makna tautan. Makna tautan merujuk kepada semantik yang berkaitan kebahasan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.

    Raminah Haji Sabran (1984) menunjukkan bukunya bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat kerana boleh dilihat daripada buku, dialog, siri, bab, ayat dan ceraian yang didalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Beliau juga mengatakan wacana ialah kesatuan bahasa yang lengkap.

    Setelah melihat beberapa huraian tentang definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai sumber maka dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan perbezaan pendapat mengenai definisi wacana yang diperoleh dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis. Secara kesimpulannya, wacana dicirikan sebagai kesinambungan ayat yang bermaksud kesinambungan maklumat. Terdapat beberapa unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat dan klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan akhir yang nyata.


Ciri Wacana

Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana tulisan merujuk kepada wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan antara penulis dengan pembicara manakala wacana lisan melibatkan hubungan pembicara dan pendengar.

  Ciri tujuan dan penerimaan merupakan salah satu usaha dalam menghasilkan interaksi yang komunikatif. Tujuan bagi sesuatu ujuran adalah berdasarkan tujuan penulis dan pengajar dalam menyampaikan sesuatu ujuran. Tujuan bagi satu-satu wacana dapat dikenalpasti melalui ayat dan pemerihalan teks. Tahap penerimaan pula digunakan dalam menilai tahap penerimaan dan penerimaan pembaca atau pendengar.

    Selain itu, ciri keadaan pula merujuk kepada latar bagi sesuatu perkara yang diperkatakan dalam memudahkan pembaca atau pendengar memahami sesuatu teks. Ciri keadaan meliuti tiga jenis iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Latar ini dinyatakan bagi membolehkan pembaca atau pendengar dengan lebih mudah memahami teks. Ciri interteks atau intertekstualiti merupakan pengetahuan sedia ada pembaca dan pendengar terhadap perkara yang dinyatakan. Interteks boleh dilihat berdasarkan ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan dan buku dengan buku.

    Menurut Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004), struktur tema merupakan sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Tema ialah subjek yang diterangkan manakala rema ialah prediket yang menerangkan subjek. Seterusnya, struktur maklumat menurut Halliday dalam Mohd Rashid Md Idris (2004), dibahagikan kepada maklumat baharu dan maklumat lama.

    Kesimpulannya, setiap ciri-ciri wacana saling berkaitan antara satu sama lain. Wacna yang mempunyai ciri wacana yang kukuh membolehkan pembaca dan pendengar menerima dan memahami wacna tersebut dengan lebih mudah. Ini menunjukkan bahawa terhasillah satu wacana yang baik dan utuh.


Sumber rujukan

ENAM,T.,& MOHMAD, S. H. A. B. TAUTAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN                    PELAJAR.
Jaafar, M.F., Aman. l., & Awal, N. M. (2015). Analisis kohesi wacana sains berdasarkan teori nahu                 fungsian. Jurnal bahasa, 15(1), 1-19
Mat Adnan, H. (2002). Analisis tautan dan runtutan dalam teks klasik dan moden/Hasnah binti Mat Adnan      (Doctoral dissertation, University Malaya).
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012). Tatabahasa               Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.
Salleh, Z., & Shaai, A. S. (2009). Kesan model unsur tautan terhadap pengajaran karangan Bahasa                 Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 6, 55-78.

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN

PENGENALAN Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog ini. Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada kalian. ...