Saturday, January 7, 2023

PENGENALAN

PENGENALAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog ini. Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada kalian. Blog ini dibina oleh kumpulan A (kumpulan 10) bagi kursus BML3123 iaitu Analisis Wacana Bahasa Melayu. Pembinaan blog ini adalah tujuan sebagai medium pembelajaran bagi topik wacana bahasa Melayu terutama berkaitan dengan wacana dan ciri tautan, teori tautan dan sebagainya. Pelawat boleh membuka kandungan blog ini untuk melihat kandungan yang lebih jelas dan terperinci. Selain itu, blog ini juga merupakan satu tugasan kumpulan kami dalam kursus ini. Oleh hal demikian, kami mengalu-alukan segala cadangan dan penambahbaikkan daripada anda semua.

    Untuk pengetahuan semua, Analisis Wacana bukanlah sebuah kajian yang asing dalam bidang linguistik Kajian dalam bidang ini merupakan kajian yang agak kompleks kerana wacana itu sendiri merupakan tingkat tatabahasa yang paling tinggi selepas ayat. Wacana ini merupakan sebuah teks yang utuh disampaikan kepada pembaca. Prkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993: 1884 bermaksud ucapan pertuturan percakapa, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Jesteru itu, blog initertumpu kepada aspek pembelajaran berkaitan dengan Analisis Wacana. Akhir kata, selamat membaca semua.

LAMAN UTAMA








Sunday, January 1, 2023

INFO TAMBAHAN


INFO TAMBAHAN

Laman perkongsian ilmu yang lain:

1. http://analisiswacanabm.blogspot.my/p/button-3.html

2. http://wacanalisis.blogspot.my/

3. http://bml3092analiisiwacanac8.blogspot.my

4. http://ciriwacanakontekstualan.blogspot.my/

5. http://tautan-ilmuwacana-kb3.blogspot.my/

6. http://analisiwacanakb.blogspot.my/


Friday, December 30, 2022

KESIMPULAN & HARAPAN


KESIMPULAN


    Secara keseluruhannya, perkembangan wacana telah melalui tempoh masa yang amat panjang.  Dalam perjalanan yang panjang inilah wacana berkembang dan kemudiannya dibuat kajian dan analisis oleh beberapa ahli falsafah seperti Halliday Hassan, Sanat Md Nasir, Rahmat Abdullah dan Mohd Rashid Md Idris. Mereka ini telah memperkenalkan teori-teori atau model-model wacana. Sebagai contoh, Halliday Hassan yang memperkenalkan teori tautan pindaan an kemudiannya dibuat penyusunan semula oleh Sanat Md Naisr (2002). Kemudiannya memperkenalkan teori Atqakum yang melihat hubungan makhluk dengan penciptanya kerana menganggap teori sebelum ini tidak mempunyai asas yang kukuh. Teori yang diperkenalkan ini mempunyai beberapa jenis dan mempunyai fungsinya tersendiri untuk membuat penghubung antara maklumat yang lama dan maklumat yang baharu. Oleh itu, jelaslah bahawa ciri-ciri wacana saling berkaitan antara satu sama lain.

    Model dan teori wacana yang diperkenalkan oleh beberapa ahli falsafah ini sangatlah penting dalam menghasilkan sesebuah wacana sama ada tulisan atau lisan. Hal ini demikian kerana, kemahiran menulis adalah komponen penting dalam kemahiran bahasa sehingga ia dijadikan satu gerak kerja Utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada pada perinngkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah Kamarudin, Husim (1996: 192). Kemahiran menulis adalah antara cabang kemahiran yang perlu dipelajari oleh manusia unuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah. Wacana jenis lisan juga merupakan wacana yang melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu ramah dan sebagainya. Oleh itu, penguasaan terhadap wacana ini amatlah penting kerana wacana mempunyai tujuan menentukan jenis sesuatu ayat tersebut.

CIRI KONTEKSTUAL


7 CIRI KONTEKSTUAL

Wacana adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspek komunikasi dan juga konteks. Wacana juga merupakan satuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang dapat memperlihatkan kesinambungan fikiran yang utuh. Wacana analisis sangat penting kerana penggunaan wacna itu sendiri penting dalam kehidupan manusia. Wacana adalah konsep meliputi semua aspek komunikasi manusia. Hal ini membuktikan bahawa bukan sahaja merupakan sebuah komunikasi bertulis yang melibatkan antara penulis dan pembaca, malah ia juga melibatkan komunikasi lisan antara penutur dan pendengar.

    Wacana merupakan satu rintangan ujaran yang berkaitan antara satu sama lain  mengikut urutan kalimat-kalimat. Raminah Hj. Sabran dalam Mohd Rashid Idris (2004) menyatakan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat kerana boleh terdiri daripada bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang diperlihatkan hubungan dan perkembangan dikiran yang berurutan. Maksud wacana menduduki tempat tertinggi selepas kedudukan ayat dalam hireaki bahasa. Menurut Henry Guntur Tarigan, wacna adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan dan bertulis. Setiap ayat, cerita, dialog mahupun buku perlu mempunyai awal dan akhir iaitu dimulai dengan kesenyapan. Terdapat pelbagai ciri wacana dalam sesebuah ujaran.

    Ciri wacana dapat dikategorikan kepada beberapa komponen. Pertama, wcana mempunyai koheren, iaitu pertautan antara satu ayat dengan satu ayat yang lain, satu perenggan dengan satu ayat lain, satu perenggan dengan satu perenggan yang lain dan satu idea yang lain. Hal ini bermaksud bahawa dalam sesebuah penulisan, idea-idea yang dikemukakan saling berkaitan antara satu sama lain. Komponen keempat ialah maklumat. Dalam setiap ayat harus mempunyai maklumat yang baharu dan berpautan antara satu sama lain. Ciri yang seterusnya ialah andaian dan inferens. Inferens merujuk kepada maklumat baharu kepada andaian yang dinyatakan dalam ayat seterusnya. Gaya juga merujuk kepada ciri-ciri wacana yang meliputi gaya bahasa, sama ada rasmi ataupun tidak rasmi. Yang terakhir, ialah memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal selain tidak bertentangan antara maklumat dengan ayat sebelumnya.

    Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh yang menyatakan ciri-ciri wcana. Pertama adalah pendapat daripada menyatakan ciri-ciri wacan. Pertama adalah pendapat daripada Nik Safiah Karim (2008), dalam Tatabahasa Dewan membahagikan ciri wacana iaitu runtutan dan tautan. Mohd Rashid Md Iris (2004) pula membahagikan ciri wacana kepada koheran, kohesi, tujuan, maklumat, diterima, hubungan, andaian dan inferens serta gaya maklumat tidak berlawanan. Menurut Assnah Hj. Omar dalam satu artikel menyatakan bahawa ciri wacan adalah bahasa terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi berkesinambungan kohesi lisan atau tulisan awal dan akhir yang nyata. Jelaslah, tujuh ciri kontekstual adalah meliputi tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.




                                                  Rajah 1: Slaid Pembelajarn 7 Ciri Kontekstual


Sumber Rujukan:

Budi Setiawan. 2006. Analisis Wacana. Surakarta:UNS.


Sunday, December 18, 2022

JENIS TAUTAN

 
JENIS TAUTAN 

TAUTAN PERULANGAN

1. Tautan Perulangan Rujukan

Tautan perulangan rujukan merujuk kepada unsur yang berhubungan dikaitkan dengan adanya makna Rujukan itu walaupun bentuk unsur itu tidak sama. Perulangan rujukan dibezakan daripada lainnya dari segi semantik. Tautan perulangn rujukn ini boleh di subkategorikan kepada jenis yang lebih kecil iaitu perulangn rujukn peribadi, rujukn tunjuk dan rujukn bandingan.

Contoh ayat :
Badrul merupakan seorang pelajar yang bijak, baik hati dan berpekerti mulia keperibadiannya itu telah menyebabkan dia sangat disenangi oleh rakan-rakan dan pensyarahnya.

Huraian:
Perkataan dia dalam ayat di atas mempunyai hubungan semantik denga perkataan Badrul. Pertalian antara dua perkataan ini dapat dilihat dari segi hubungan semantik iaitu dalam bentuk tautan perulangn kata ganti diri.

2. Tautan Perulangan Penggantian

Tautan perulangn ini bercirikan tatabahasa dengan tautan perulangan rujukn. Unsur yang menggantikan dalam tautan penggantian mengekalkan golongan tatabahasa atau tidak mengubah struktur yang digantikan. Unsur yang menggantikan itu mempunyai makna yang sama perulangn makna yang sama. Perulangn makna dalam konteks penggantian ini merujuk kepada tiga jenis iaitu penggantian namaan, karyaan dan penggantian klausaan.

Contoh ayat :
Parveen sangat mengenali lelaki yang mengirimkan bunga itu kerana ini bukan pertama kali dia menerimanya, malah perbuatan dia telah berlanjutan semenjak lima bulan yang lalu.

Huraian:
Perkataan-nya dalam ayat di atas merupakan perulangan unsur linguistik yang merujuk kepada bunga itu. Penggantian perkataan bunga itu kepada perkataan-nya merupakan tautan perulangn penggantian.


3. Tautan Perulangan Elipsis

Tautan ini menyerupai perulangan penggantian seperti yang disebut sebelum ini iaitu dari segi kriteria dan penjenisannya. Hal ini bermakna unsur yang digugurkan dalam ayat dapat diinterpretasikan dan difahami berdasarkan unsur yang mendahuluinya. Tautan ini juga dinamakan sebagai penggantian kosong yang menggunakan symbol O.

Contoh ayat :
Setelah mendapat perkhabaran yang menyedihkan tentang isterinya, Encik Saiful terduduk sedih O terus teringatkan pesanan pagi tadi.

Huraian :
Ayat di atas mengandungi konsep tautan dari segi perulangn ellipsis. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan symbol O pada ayat ……………terus teringakan pesanan...


4. Tautan Perulangan Leksikal

Tautan perulangan leksikal merupakan bentuk yang diulang mungkin sama atau mempunyai akar kata yang sama, yang bersinonim atau kata umum yang mempunyai makna yang sama bersinonim dan kata umum.

Contoh ayat:
A1 : Rozana penat memakai baju itu sejak dua tahun lepas.
A2: Baju itu kepunyaan ibunya.

Huraian:
Ayat di atas menunjukkan konsep tautan daripada segi perulangn unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat iaitu baju dan unsur sama iaitu baju diulang dalam ayat seterusnya.


5. Tautan Perulangan Prafrasa

Tautan perulangan prafrasa merujuk kepada makna yang sama bukan bertarad leksikal tetapi daripada unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat. Perkara berbeza dari segi bentuk yang bertaut itu.

Contoh ayat:
A1: Selama ini Aini tidak pernah ponteng kuliah Bahasa Melayu
A2: Dia rajin ke kuliah walaupun terpaksa berjalan dalam hujan

Huraian:
Tautan perulangn prafrasa dapat dilihat dalam contoh ayat di atas. Jelas ayat di atas menunjukkan tautan perulangn prafrasa kerana perulangan makna yang sama tetapi struktur adalah berbeza.

6. Tautan Perulangan Paralelisme

Tautan perulangn paralelisme merujuk kepada bentuk susunan yang sama antara unsur yang bertaut tetapi mempunyai makna yang berlainan.

Contoh ayat:
A1: Tiada wanita yang mahu dimadukan suaminya.
A2: Tiada wanita yang mahu mengabaikan anaknya.

Huraian:
Ayat di atas mempunyai tautan perulangan paralelisme apabila makna diulang dalam tetapi menggunakan struktur yang sama tetapi makna yang berbeza.

7. Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

Tautan perulangn struktur dan makna sama merujuk kepada unsur yang bertaut, bukan bertaraf leksikal tetapi bertaran frasa sehinggalah ayat yang sama dari segi aspek tertentu paralelisme dan prafrasa.

Contoh ayat:
A1: Cincin itu masih berada di tangannya
A2: Nadirah menjeling cincin di tepi katilnya
A3: Kehadiran cincin itu sudah mampu menganggu ketenangan hidupnya

Huraian
Tautan perulangan struktur dan makna yang sama dapat dilihat dalam contoh ayat yang menunjukkan struktur dan ayat yang diulang adalah sama frasa "cincin" dalam ayat di atas diulang dan digunakan untuk ketiga-tiga ayat.


TAUTAN KOLOKASI

Tautan kolokasi tidak melibatkan unsur linguistiknya berulang bentuk dan makna. Tautan jenis ini merujuk kepada konteksnya sesuatu linguistik dengan yang lain antara dua unit teks. Kehadiran ini melibatkan domain makna. Berdasarkan domain makna inilah kehadiran unsur linguistik yang terlibat diperincikan kepada empat jenis.

Contoh yang diberikan di Bawah terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis tautan kolokasi yang terdapat dalam 1ayat sahaja dan jenis tautan kolokasi yang bertautan dalam dua atau lebih ayat.

1. Tautan Kolokasi Autonomi

Tautan ini menunjukkan kehadiran unsur tautan yang bercirikan makna yang berlawanan.

Contoh ayat:
"Ketua kampung mempunyai gadis yang cantik tetapi mempunyai perangai yang buruk.

Unsur cantik dalam ayat di atas bertautan secara kolokasi dengan unsur buruk. Unsur tersebut menunjukkan hubungan makna yang bertentangan.

Contoh ayat lain:
A1: Industri perindustrian tempatan masa kini semakin diperakui di peringkat antarabangsa
A2: Berbanding pada masa dahulu industry ini kurang mendapat tempat.

Unsur dahulu dalam A2 dikaakan bertautan secara kolokasi dengan unsur kini dalam A1. Unsur tersebut merupakan unsur linguistik pada peringkat kata yang menunjukkan hubungan makna yang bertentangan.

2. Tautan Kolokasi Kohiponiman 

Tautan ini merujuk kepada hubungan makna unsur pada peringkat superordinate dengan ordinat atau antara hiponiman atau termasuk meronimi,yakni hubungan unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh atau unsur sebahagian daripada entity yang menyeluruh.

Contoh ayat:
Sekolah merupakan entity menyeluruh (superordinate) manakala bilik darjah, guru, pelajar, ujian dan buku latihan ialah unsur sebahagian (ordinat)

Unsur menyeluruh bertaut secara kolokasi dengan unsur sebahagian. Hubungan antara unsur ini bertaut secara hiponim iaitu unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh

Contoh ayat:
A1: Program tuisyen mata pelajaran Utama bertujuan untuk membantu pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.
A2: Pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Sains disarankan untuk menghadiri tuisyen itu secara percuma.

Huraian:
Unsur dalam A2 yang terdiri daripada kata dan frasa iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sains dikatakan bertautan secara kolokasi dengan frasa mata pelajaran Utama dalam A1. Tautan ini melibatkan hubungan makan hiponim iaitu antara superordinate dengan ordinatnya.

3. Tautan Kolokasi Hasil

Tautan ini melibatkan kehadiran hubungan makan unsur tautan yang satu menghasilkan yang lain atau unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik.

Contoh : …...perintah berkurung……….dengan ……..bahawa kekacauan di Pulau Pinang itu.

    Unsur 'perintah berkurung' bertautan secara kolokasi dengan unsur 'kekacauan' dalam ayat di atas. Secara mudahnya 'kekacauan' menghasilkan 'perintah berkurung'.

Contoh lain seperti
A1:Kanak-kanak berusia tujuh tahun nyaris putus dua jari tangan kanan apabila mercun bola yang dipasangkan meletup secara tiba-tiba
A2: Kejadian berlaku kerana ada ibu bapa yang berpendapatbahawa permainan bunga api dan mercun merupakan satu kemestian pada setiap kali perayaan.

Dalam ayat A2 unsur 'ibu bapa' yang terdiri daripada frasa yang bertaut secara kolokasi dengan 'kanak-kanak' dalam A1 yang terdiri daripada frasa. Tautan ini melibatkan hubungan makna hasil antara entiti tetapi untuk maksud yang sebaiknya iaitu yang dihasilkan 'kanak-kanak' mendahului yang menghasilkan 'ibu bapa'.


4. Tautan Kolokasi Sifat
Tautan ini merujuk kepada kehadiran hubungan makna antara unsur tautan yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat atau unsur sifat daripada entiti punca sifat.

Contohnya:
"...…..perintah berkurung…. telah dapat menenangkan…"

Unsur "perintah berkurung" bertautan secara kolokasi dengan unsur "dapat menenangkan". Ini bermakna sifat bagi "perintah berkurung" adalah untuk "dapat menenangkan".

Contoh ayat:
A1: Kempen mengharamkan sajian makanan haram Bersama minuman halal yang lain kepada pengunjung muslim telah diadakan secara besar-besaran di negara itu.
A2: Pihak hotel perlu peka bahawa Islam melarang umatnya makan makanan yang memudaratkan bagi menjamin akhlak yang terpuji.

Dalam A2 unsu islam yang terdiri daripada kata bertautan secara kolokasi dengan unsur 'mengharamkan sajian makanan' dalam A1 yang terdiri daripada frasa. Tautan ini memperlihatkan kehadiran kata yang berlainan mewujudkan hubungan makna sifat iaitu antara entiti dengan sifatnya. Dalam contoh lain, entiti iaitu Islam didahului oleh sifatnya (mengharamkan sajian makanan haram).


TAUTAN PENGHUBUNG AYAT
Tautan penghubung ayat merupakan penanda wcana yang berfungsi sebagai kata atau frasa penghubung. Dalam hal ini, kata atau frasa penghubung berfungsi sebagai jambatan atau medium yang membantu individu untuk membaca dengan lancar. Tautan penghubung ayat terbahagi kepada lima iaitu penghubung ayat tambahan, penghubung ayat tentangan, penghubung ayat sebab musabab, penghubung ayat Waktu dan penghubung ayat terusan.

1. Tautan Penghubung Ayat Tambahan
Penghubung ayat tambahan merupakan inti atau butiran yang memberikan tambahan kepada sesuatu perkara yang diutarakan oleh penyampai. Ciri menambah ini juga termasuk penegasan dan pisahan atau pilihan Hal ini boleh difahami dengan lebih jelas berdasarkan contoh-contoh berikut

A1: Rozi amat menyayangi anaknya, Aisyah. Jesteru, dia merangcang untuk memberikan anaknya seutas rantai emas.
A2: Penggunaan teknologi dan bahan maujud dalam sesi pengajaran di dalam bilik darjah amat penting bagi meransang minat murid.

2. Tautan Penghubung Ayat Tentangan
Penghubung ayat jenis ini ialah pernyataan yang berlawanan atau bertentangan. Hal ini boleh dilihat jelas melalui kata hubung yang menunjukkan kontra. Hal ini boleh difahami melalui contoh berikut:

A1: Robert bercadang untuk tinggal di Amerika dalam tempoh yang lebih lama tetapi bapanya menyuruh dia pulang ke tanah air untuk menguruskan syarikat mereka.
A2: Syarikat penerbangan Aisasia menyediakan potongan harga bagi setiap tiket yang dibeli oleh penumpang. Walaubagaimanapun, pihak penerbangan tersebut tidak bertanggungjawan atas sebarang kelewatan penumpang atau kehilangan tiket kapal terbang.

3. Tautan Penghubung Ayat Waktu
Penghubung ayat jenis ini merujuk kepada pertautan yang melambangkan tempoh, jangka masa atau Waktu. Hal ini boleh dilihat dengan jelas dalam ayat melalui penggunaan kata yang menunjukkan urutan, sertaan, kesimpulan atau lampauan. Sebagai contoh

A1: Sebelum ini rumah tersebu kelihatan sangat cantik
A2: Selepas beberapa tahun ditinggalkan kosong rumah tersebut keligatan buruk dan menakutkan.

4. Tautan Ayat Sebab Musabab
Jenis penghubung ayat ini menggabungkan dua unsur berkaiaan. Contoh bagi tautan jenis ini ialah oleh itu, oleh sebab itu, akibatnya dan kesannya. Berikut merupakan beberapa ayat yang boleh dijadikan contoh

A1: Hairul telah menyedari akan kesilapannya yang selalu bercakap kasar terhadap ayahnya. Oleh itu, dia bergegas pulang ke kampung untuk memohon maaf.
A2: Kaki Ganesh cedera kerana terpijak paku sewaktu membersihkan stor di belakang rumahnya. Oleh sebab itu, Ganesh tidak menyertai kejohanan bola sepak di sekolah.

5. Tautan Penghubung Ayat Terusan
Penghubung jenis ini tidak termasuk dalam mana-mana empat jenis penghubung ayat yang dibincangkan sebelum ini. Penghubung ayat terusan mempunyai maksud unsur sebelum dan selepas dalam hubungan penerusan. Dalam system fonologi, bacaan teks yang berkaitan adalah bernada rendah. 

A1: Kini, sudah sepuluh tahun kapal terbang MH370 hilang daripada radar.
A2: Pada tahun ini, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan statistic kemalangan jalan raya. Selaras dengan itu, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen kesedaran dan operasi di jalan raya.


Sumber rujukan

Model Analisis Wacana. (2016, April 26). Model Analisis Wacana. Retrieved December 20, 2022. from         https://www.slideshare.net/tugasansemester/model-analisis-wacana-61
Jenis Tautan Perulangan JENIS TAUTAN PERULANGAN. (2018). Retrieved December 20, 2022. from         http://analisiswacana2018.blogspot.co/p/tautan-pengulangan-rujukan-definisi.html?m=1
Rozita Mohamad Yuneh, and Rahim Aman, and Shahidi A.H., (2022) Model Pengajaran Unsur Tautan           (2009) dalam Pendidikan bahasa Melayu: trend, elemen dan faedah. Jurnal Melayu, 21(1).pp. 42-58.         ISSN 1675-7513
Wacana Bahasa Melayu. (2009, July 26). Gurubahasa Melayu: Wacana Bahasa Melayu. Retrieved                 December 20, 2022 from http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html
 

TEORI DAN MODEL WACANA

        

TEORI DAN MODEL WACANA

Teori Tatabahasa Wacana

Kajian tatabahasa wacana lazimnya memfokuskan kepada pemerhatian analisis struktur di peringkat ayat dengan beranggapan bahawa ayat merupakan sebuah satuan yang terbesar dalam Bahasa atau satuan yang terbesar untuk deskripsi tatabahasa. Menurut Mohd Rashid (2004: 31), sesuatu ayat yang diujarkan baik dalam bentuk lisan atau tulisan adalah berfungsi sebagai satu unsur dalam kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat yang menyampaikan maklumat tentang sesuatu topik. Menurut Asmah (1987: 108) dalam buku Mohd Rashid, kesatuan ini memperlihatkan hubungan yang bergabung secara logik antara butir fikiran dengan perkembangan aqliah yang ada di dalamnya, iaitu keteraturan fikiran (coherence) dan kesatuan ini diberi nama wacana (discourse) atau teks. Manakala bagi sanat Md. Nasir, persoalan keteraturan fikiran dalam wacana dipanggil runtutan. Ayat-ayat yang tidak mempunyai hubungan logik anara satu sama lain dan diletakkan secara berturut-turut, kumpulan ayat ini tidak boleh dipanggil runtut.

Halliday dan Hassan (1976)

1) Model Tautan Halliday Hassan

Analisis teks atau analisis wacana terutamanya dalam aspek kohesi dan koheran dipengaruhi oleh sebahagian besarnya oleh Halliday dan Hassan (1976). Menurut mereka, organisasi sesuatu teks terbina daripada intersenential linguistic features (ciri-ciri yang membina teks), yang memberikan sesuatu teks itu tekstur dan ciri yang membina teks tersebut wujud di dalam teks (Halliday, 1994). Halliday dan Hassan (1976) membahagikan tautan kepada lima jenis iaitu rujukan, penggantian, elipsis, penghubung dan tautan leksikal.

    Nik Safiah et. al. (2008) juga menggunakan penjenisan kohesi (tautan) oleh Halliday dan Hassan (1976) tetapi menggunakan istilah penanda wacana untuk semua unsur tautan (sarana/cohesive ties). Menurut mereka, penanda wacana terdiri daripada penanda penghubung, penanda leksikal dan penanda elipsis ataupun pengguguran. penggunaan istilah penanda wacana untuk merujuk kepada semua jenis unsur tautan mungkin akan mengelirukan pengguna bahasa Melayu., khusunya guru dan murid. Hal ini kerana mereka sudah biasa dengan istilah penanada wacana yang bermaksud sentence connectory dan sequence connectors dalam tatabahasa bahasa Inggeris sebagai kata atau frasa yang berada di permulaan ayat biasanya diletakkan tanda koma (,) selepasnya. Menurut Sanat Md. Nasir (2002), tautan penghubung ayat (sentence connectors) berfungsi untuk menghubungkan antara linguistik  iaitu unit teks (ayat) sebelum dengan yang sesudahnya.

Sanat Md. Nasir (2002)

1) Model Tautan Pindaan

Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002) menggunakan perkataan 'pindaan' dengan bermaksud pada asalnya ialah Model Halliday dan Hassan (1976), tetapi telah mengalami penyusuan semula, tambahan dan peneakanan aspek tertentu dalam ajian tautan aliran sistematik (systematic theory). Sanat Md. Nasir (2002) membahagikan tautan kepada tiga jenis utama iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Tautan perulangan menunjukkan ciri sama ada bentuk unsur linguistik yang berulang atau dari segi makna unsur itu yang berulang atau kedua-duanya sekali.

    Tautan kolokasi tidak melibatkan unsur linguistiknya berulang dari segi bentuk dan makna. Tautan jenis ini merujuk kepada konteksnya iaitu "keberadaa" sesuatu unsur linguistik dengan yang lain antara dua unit teks. Keberadaan ini melibatkan domain makna. Perspekif berdasarkan domain makna inilah keberadaan unsur linguistik yang terlibat dijeniskan lagi kepada empat jenis.

    Tautan Penghubung Ayat pula berfungsi untuk menghubungkan antara unsur linguistik iaitu unit teks sebelum dengan yang sesudahnya. Menuru Sanat Md Nasir (2002), penghubung itu sendiri bukan unsur tautan tetapi berfungsi menghubungkan unsur tautan. Hal ini berdasarkan kriteria makna, penghubung ayat dapat dijeniskan kepada lima. 

    Skema jenis tautan utama dengan subjenis masing-masing dapat ditujukkan dalam jadual dibawah

Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002)

Jenis Tautan utama

Subjenis Tautan

A. Tautan Perulangan

  1. Tautan Perulangan Rujukan

  2. Tautan Perulangan Penggantian

  3. Tautan Perulangan Elipsis

  4. Tautan Perulangan Leksikal

  5. Tautan Perulangan Parafrasa

  6. Tautan PerulanganParalelisme

  7. Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

B. Tautan Kolokasi

  1. Tautan Kolokasi Antonim

  2. Tautan Kolokasi Kohiponiman

  3. Tautan Kolokasi Hasil

  4. Tautan Kolokasi Sifat

C. Tautan Penghubung Ayat

  1. Tautan Penghubung Ayat Tambahan

  2. Tautan Penghubung Ayat Tentangan

  3. Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab

  4. Tautan Penghubung Ayat Waktu

  5. Tautan Penghubung Ayat Terusan 


2) Teori Atqaqum

Teori ini menggabungkan kepada deskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepada "Atqaqum". Penggunaan Bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasan. Dalam teori Atqaqum mempunyai konsep "alamma" memperlihatkan perlunya Bahasa berfungsi untu mengejarkan iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai "Wacana plus plus". Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sesuatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus.

    Hierarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat dalam konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus yang termasuk dalam hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini, tatabahasa wacana plus plus menggabungkan Bahasa pertuuan (literal). Dengan Bahasa hati untuk menghasilkan kesan yang lebih luas dan mendalam. Rasulullah SAW dijadikan sebagai model dan ikutan yang terbaik.

    Selain itu, tatabahasa wacana plus plus bukan sahaja membincangkan unit-unit tatabahasa, malah mencukupi unit-unit tatabahasa (Allamulbayan). Pendokong tatabahasa wacana plus plus membincangkan perkara asal usul Bahasa berpandukan sumber aqli dan naqli.

    Menurut Beaugrande dan Dressler (1986: 17) : "if we assume that structure are always the outcome og interntional operations, then even single sentences must evolve through election rather than being derived from abstract rules alone"


    Berdasarkan petikan di atas, dapat difahami bahawa dalam sesebuah wacana ayat-ayat yang digunakan dianggap telah terpilih secara sedar dari jumlah pilihan yang disediakan. Tujuan wacana juga adalah untuk menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun dengan memperlihatkan penempatan dan peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap bentuk lahir ayat seperti morfem, kata, frasa dan klausa. Wacana juga berfungsi untuk menyatakan suatu fikiran oleh seseorang penutur. Penyataan fikiran dapat disampaikan melalui struktur dan system yang bersangkutan dengan cara penyampaiannya.


    Menurut Beaugrande dan Dressler (1981: 4) menjelaskan bahawa runtutan ialah cara komponen dunia teks iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses Bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses).


Sato Haribumi (Rahmat Abdullah)


Terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan wacana, iaitu dalam bentuk artikel, kertas kerja, buku, latihan ilmiah dan tesis sarjana. Pada mulanya ayat disifatkan sebagai analisis struktur yang paling tinggi dalam Bahasa atau satuan terbesar dalam deskripsi tatabahasa. Dekad 1990an memperlihatkan kerancakan penelitian tentang wacana Bahasa Melayu kian menyerlah. Sato Haribui atau Rahmat Abdullah merupakan ahli Bahasa yang telah giat dalam menganalisis bidang wacana.


Konsep Struktur Maklumat Model Sato Haribumi


1. Maklumat lama 

- Merupakan maklumat sedia ada dalam diri penerima mesej.

- Kaedah perujukan, penggantian, penggantian, pengulangan, pengulangan sebahagian, penghilangan, leksikal dan prafrasa.


2. Maklumat Baru

- Dapat dikenali melalui tanda tingii dan apabila ada penanda.

- Maklumat baru tambahan, maklumat baru kontrasif, maklumat baru pemberitaan neutral dan maklumat baru focus.



MODEL RUNTUTAN


Konsep Runtutan/ Koheran


Runtutan merujuk kepada persepsi sesebuah teks secara relatif sehingga dapat difahami. Runtutan juga merupakan kesinambungan idea atau topik yang terdapat dalam sesuatu wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.


    Menurut Wong Khek Seng (1995) dalam bukunya "Kesinambungan Topik Dalam Bahasa Melayu", pada dasarnya terdapat tiga aspek Utama dalam kesinambungan wacana iaitu kesinambungan tematik (Thetamtic continuity), kesinambungan perlakuan (action continuity) dan kesinambungan peserta/topik (topics/ participants contuinity).


Model Brown dan Yole (1982)


Selama ini pengkaji Bahasa pertuturan mengadaikan bahawa pertuturan Bahasa menyampaikan maksud kedudukan soaial apabila mereka menghasilkan ujaran tertentu dalam bentuk dan konteks tertentu. (Hasnah Mat Adnan, 2002). Mengikut pandangan ahli-ahli sosiolinguistik mereka berpendapat bahawa sesetengah ujaran boleh diambol kira sebagai satu tindakan sosial.


Beagranade dan Dressler (1981)


Runtutan adalah hasil kombinasi konsep dan hubungan jaringan ruang maklumat yang berpusat kepada "Pusat Kawalan". Mereka telah memperkenalkan konsep Pusat Kawalan seblum melukis sampel yang dikenalo sebagai "roket" dalam melihat aspek runtutan.


 Menurut Leman (2002), koheran dapat dipertahankan apabila dipenuhi dengan aturan-aturan berikut:


- Aturan Pengulangan 

- Aturan Perkembangan

- Aturan Hubungan

- Aturan Tidak Bercanggah



Sumber rujukan


Abdul Sukor Shaari. (2009). Kesan Model Unsur Tautan Terhadap Pengajaran Karangan Bahasa Melayu.         Universiti Utara Malaysia. MJL1VOL.6

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012). Tatabahasa                 Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

Muhammad Hisyam Haliah dan Ab. Razak Ab. Karim. (2019). Kohesi dalam warkah social Melayu abad            ke-17 hingga Abad ke-19. Jurnal Bahasa. Jilid 19 Bil.1

PENGENALAN

PENGENALAN Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog ini. Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada kalian. ...